Thursday, May 14, 2015

Double

senyum nakal
menggoyah dinding tebal
hatiku yang seharusnya kebal

karisma si dia
dalam tutur bicara
dan malu yang nyata
bila cuma berdua
memutik rasa kagum dan suka
pada sang adik junior
kacak bergaya

Wednesday, May 13, 2015

I Adore You

I still miss you
When the clock strikes two
I still miss you
Even though we don't talk like we used to
I still miss you
I honestly still do

Months past
Memories lasts
And even after almost a year
I still remember
My dear
How you made me feel
As if time stood still
Adoring you, I always will

Friday, May 8, 2015

Sakit

Fikiran
Berkeliaran
Kalut
Serabut
Setiap yang aku cuba sebut
Macam ribut
Semua berebut
nak keluar daripada mulut
lidah meraba
mencari kata
yang sesuai meluah rasa
satu pun tak kena

nak tulis
nak tulis
nak sangat menulis
sampai rasa nak menangis
bila tak mampu untuk susun perkataan
menggambar buah fikiran
setepat dalam bayangan

sakit.

sakit yang kau rasa
unik untuk kau semata
sakit yang aku rasa
sakit
yang
tak dapat
aku gambarkan dengan
sempurna

Ah...seksa

Wednesday, May 6, 2015

Renung Mata

Alangkah bahagia
Dipandang sebegitu rupa
Sentiasa

Renungan tanpa kata
Yang boleh dibaca
Semudah dua tambah dua

Teruskan Lagi

Nafi, nafi dan terus menafi
yang aku sudah jatuh hati
pada si dia yang rajin memuji

Thursday, April 16, 2015

One third

I woke at 5.19
Heading to the bathroom
I can feel the unusual stillness of the air
as if nothing moved
and time stops
no sound
not even a single drop

Well arranged slippers
Cold morning water
Ablution for prayer
I carry on pretending
it didn't matter

That perhaps,
the angels are surrounding me
right
this
very
moment

Wednesday, April 15, 2015

Hujan

Biarkan
Aku berjalan
sendirian
melangkah perlahan
Dalam lebat hujan
sambil berfikir tentang Tuhan

Biar air yang turun
basuh aku sampai lencun
biar dosa aku semua diampun

Biarkan aku
Lencun, sejuk, menggigil beku
Kulit melekat dengan baju
Malam gelap tak berteman lampu
Biarkan...
Kerna aku mahu bermula baru

Hidup yang penuh noda
membuat iman aku terseksa
dan Tuhan yang sentiasa ada
hadirnya
aku tak rasa
bilamana nafsu sudah meraja
sedia berbuat dosa

Penyesalan yang aku rasakan
setiap kali teringatkan
baiknya Tuhan

Maka biarkan aku berdoa lembut
Dalam hujan ribut
Merungkai hati serabut

Biar air yang turun
basuh aku sampai lencun
Moga dosa aku semua diampun