Saturday, January 9, 2016

2 pagi

kau masih ingin sendiri
tak diikat apa-apa tali
tapi kau tak mampu mengenggam sunyi
yang bikin insomnia sampai terbit mentari

kerana sunyi yang mencengkam
buat kau beliak dan jaga
sepanjang malam

ah, perasaan yang bercampur gaul
serupa sos digoreng dengan nasi
warnanya sebati tak terpisah lagi

tak pernah dibukapun hati
pada mana-mana lelaki
lantaran tak pasti
apa benar-benar suka
atau sekadar ingin memiliki

apa sudah masanya kini
melepaskan perisai besi
dan berhenti hidup sendiri