Wednesday, April 15, 2015

Hujan

Biarkan
Aku berjalan
sendirian
melangkah perlahan
Dalam lebat hujan
sambil berfikir tentang Tuhan

Biar air yang turun
basuh aku sampai lencun
biar dosa aku semua diampun

Biarkan aku
Lencun, sejuk, menggigil beku
Kulit melekat dengan baju
Malam gelap tak berteman lampu
Biarkan...
Kerna aku mahu bermula baru

Hidup yang penuh noda
membuat iman aku terseksa
dan Tuhan yang sentiasa ada
hadirnya
aku tak rasa
bilamana nafsu sudah meraja
sedia berbuat dosa

Penyesalan yang aku rasakan
setiap kali teringatkan
baiknya Tuhan

Maka biarkan aku berdoa lembut
Dalam hujan ribut
Merungkai hati serabut

Biar air yang turun
basuh aku sampai lencun
Moga dosa aku semua diampun

No comments:

Post a Comment