Fikiran
Berkeliaran
Kalut
Serabut
Setiap yang aku cuba sebut
Macam ribut
Semua berebut
nak keluar daripada mulut
lidah meraba
mencari kata
yang sesuai meluah rasa
satu pun tak kena
nak tulis
nak tulis
nak sangat menulis
sampai rasa nak menangis
bila tak mampu untuk susun perkataan
menggambar buah fikiran
setepat dalam bayangan
sakit.
sakit yang kau rasa
unik untuk kau semata
sakit yang aku rasa
sakit
yang
tak dapat
aku gambarkan dengan
sempurna
Ah...seksa
Friday, May 8, 2015
Wednesday, May 6, 2015
Renung Mata
Alangkah bahagia
Dipandang sebegitu rupa
Sentiasa
Renungan tanpa kata
Yang boleh dibaca
Semudah dua tambah dua
Thursday, April 16, 2015
One third
I woke at 5.19
Heading to the bathroom
I can feel the unusual stillness of the air
as if nothing moved
and time stops
no sound
not even a single drop
Well arranged slippers
Cold morning water
Ablution for prayer
I carry on pretending
it didn't matter
That perhaps,
the angels are surrounding me
right
this
very
moment
Heading to the bathroom
I can feel the unusual stillness of the air
as if nothing moved
and time stops
no sound
not even a single drop
Well arranged slippers
Cold morning water
Ablution for prayer
I carry on pretending
it didn't matter
That perhaps,
the angels are surrounding me
right
this
very
moment
Wednesday, April 15, 2015
Hujan
Biarkan
Aku berjalan
sendirian
melangkah perlahan
Dalam lebat hujan
sambil berfikir tentang Tuhan
Biar air yang turun
basuh aku sampai lencun
biar dosa aku semua diampun
Biarkan aku
Lencun, sejuk, menggigil beku
Kulit melekat dengan baju
Malam gelap tak berteman lampu
Biarkan...
Kerna aku mahu bermula baru
Hidup yang penuh noda
membuat iman aku terseksa
dan Tuhan yang sentiasa ada
hadirnya
aku tak rasa
bilamana nafsu sudah meraja
sedia berbuat dosa
Penyesalan yang aku rasakan
setiap kali teringatkan
baiknya Tuhan
Maka biarkan aku berdoa lembut
Dalam hujan ribut
Merungkai hati serabut
Biar air yang turun
basuh aku sampai lencun
Moga dosa aku semua diampun
Aku berjalan
sendirian
melangkah perlahan
Dalam lebat hujan
sambil berfikir tentang Tuhan
Biar air yang turun
basuh aku sampai lencun
biar dosa aku semua diampun
Biarkan aku
Lencun, sejuk, menggigil beku
Kulit melekat dengan baju
Malam gelap tak berteman lampu
Biarkan...
Kerna aku mahu bermula baru
Hidup yang penuh noda
membuat iman aku terseksa
dan Tuhan yang sentiasa ada
hadirnya
aku tak rasa
bilamana nafsu sudah meraja
sedia berbuat dosa
Penyesalan yang aku rasakan
setiap kali teringatkan
baiknya Tuhan
Maka biarkan aku berdoa lembut
Dalam hujan ribut
Merungkai hati serabut
Biar air yang turun
basuh aku sampai lencun
Moga dosa aku semua diampun
Sunday, April 12, 2015
Chronic Diarrhea
Sakit
Yang sudah lebih dua minggu
menekan emosiku
makan tak lalu
tidur terganggu
Walhal masa sihat
tak pernah ingat.
Sibuk buat maksiat.
Lupa
Allah maha melihat
Sudah berpapan pil aku telan
Berbotol 100 plus aku habiskan
masih
sama
cubaan tak berjaya
Rasa tertekan
memaksa aku untuk menulis
Rasa terbeban
ada masa hendak menangis
Moga sihat cepat
Duhai aku
Yang sudah lebih dua minggu
menekan emosiku
makan tak lalu
tidur terganggu
Walhal masa sihat
tak pernah ingat.
Sibuk buat maksiat.
Lupa
Allah maha melihat
Sudah berpapan pil aku telan
Berbotol 100 plus aku habiskan
masih
sama
cubaan tak berjaya
Rasa tertekan
memaksa aku untuk menulis
Rasa terbeban
ada masa hendak menangis
Moga sihat cepat
Duhai aku
Saturday, April 11, 2015
Self Esteem
Terasa rendah
bila fizik yang digaris cerah.
Marah.
Tercalar maruah.
Merobek hati memerah darah.
Aku
yang tak serupa bidadari
dibilang tak serasi
dengan si buah hati
Alahai...sakitnya rasa
bila pedas kata
datangnya dari si manis jelita.
Terpuruk aku ke tanah
keyakinan diri musnah,
punah,
ranap bagai rapuhnya rumah
ditelan air bah.
bila fizik yang digaris cerah.
Marah.
Tercalar maruah.
Merobek hati memerah darah.
Aku
yang tak serupa bidadari
dibilang tak serasi
dengan si buah hati
Alahai...sakitnya rasa
bila pedas kata
datangnya dari si manis jelita.
Terpuruk aku ke tanah
keyakinan diri musnah,
punah,
ranap bagai rapuhnya rumah
ditelan air bah.
Subscribe to:
Posts (Atom)